Friday 23 December 2011




Globalisasi Telah Mewujudkan Dasar Wanita Negara

Wanita terdiri daripada hampir separuh penduduk Malaysia. Sumbangan mereka sama ada sebagai isteri, ibu serta pekerja yang mempunyai gaji, di dalam pembangunan bangsa dan negara adalah amat penting. Mereka bukan sahaja memainkan peranan utama di dalam pembentukan generasi akan datang malah melupakan sumber ekonomi yang penting.
Buat masa ini, mereka merupakan satu pertiga daripada jumlah tenaga buruh. Dari segi penyertaan buruh, penyertaan wanita meningkat dari 37.2 peratus dalam tahun 1970 kepada 46.7 peratus dalam tahun 1990. Di sektor luar bandar dan pertanian, wanita terus merupakan faktor penting. Gunatenaga wanita juga telah bertambah dengan banyaknya di dalam sektor pembuatan terutamanya dalam sektor tekstail dan elektronik. Di sektor perkhidmatan seperti perkhidmatan masyarakat, sosial, persendirian serta sektor awam, penyertaan wanita juga kian meningkat. Wanita juga telah lama memainkan peranan yang aktif di bidang politik negara. Mereka merupakan kumpulan pengundi yang kuat dan sering memainkan peranan sebagai penarik pengundi.
Kerajaan telah lama mengiktiraf sumbangan besar wanita di dalam pembangunan negara. Oleh itu kerajaan sentiasa menggalakkan penyertaan mereka dalam proses pembangunan negara dengan membuka peluang-peluang yang lebih luas bagi menceburi bidang sosial, ekonomi dan politik. Beberapa institusi telah ditubuhkan untuk mengintegrasikan wanita ke dalam aliran utama pembangunan. Majlis Penasihat Kebangsaan Mengenai Integrasi Wanita Dalam Pembangunan (NACIWID) di Jabatan Perdana Menteri telah ditubuhkan pada tahun 1976 bagi menterjemahkan pelan tindakan sedunia mengenai wanita dalam pembangunan negara.
Pada tahun 1983, Urusetia Hal Ehwal Wanita (HAWA) telah ditubuhkan untuk mengawasi dan menilai perkhidmatan-perkhidmatan yang dibekalkan oleh sektor awam dan swasta bagi faedah kaum wanita. Selain daripada bertindak sebagai pusat maklumat utama mengenai hal ehwal wanita, HAWA juga berfungsi sebagai urusetia kepada NACIWID.
Sistem penyampaian pelbagai perkhidmatan sokongan untuk wanita telah diperkukuhkan lagi melalui aktiviti organisasi-organisasi kerajaan seperti Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS), Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA), Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun-pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) dan beberapa Lembaga Kemajuan Wilayah. Penubuhan sebuah agensi amanah bukan kerajaan iaitu Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) turut membantu mempertingkatkan penyertaan kaum wanita terutamanya di luar bandar di dalam aktiviti-aktiviti ekonomi bukan ladang.
Pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang lain juga memainkan peranan yang penting ke arah meningkatkan penyertaan wanita dalam aktiviti-aktiviti ekonomi dan sosial.
NGO seperti Majlis Kebangsaan Pertubuhan-pertubuhan Wanita (NCWO), Perkumpulan Wanita (Wl), Pertubuhan Tindakan Wanita Islam (PERTIWI), Pertubuhan Bantuan Wanita Islam dan Lembaga Kebajikan Perempuan Islam serta pertubuhan-pertubuhan wanita yang lain telah menyediakan berbagai program pembangunan berbentuk jayadiri dan kemudahan-kemudahan sokongan yang lain.
 
Rasional
Menyedari pelbagai peranan wanita dalam keluarga, masyarakat, ekonomi dan politik negara, kerajaan mengakui bahawa strategi-strategi yang khusus perlu dibentuk bagi melibatkan wanita secara berkesan dalam proses pembangunan supaya potensi wanita dapat dioptimumkan. Usaha gigih perlu diambil untuk membantu wanita melibatkan diri dalam kegiatan-kegiatan sosial dan ekonomi yang utama. Ini memerlukan satu dasar bagi memberi panduan serta arah haluan dalam segala usaha pembangunan supaya kepentingan dan penyertaan wanita tidak terabai dan diintegrasikan sumbangan mereka dalam proses pembangunan negara.
Menyedari hakikat inilah kerajaan telah menggubal Dasar Wanita Negara (DWN) dalam tahun 1989. Penggubalan dasar ini memperjelaskan kesungguhan kerajaan ke arah membantu penyertaan wanita dalam arus pembangunan negara dengan lebih bermakna. DWN menyediakan garis panduan bagi mengintegrasikan sumbangan wanita dalam proses pembangunan negara.

Objektif-objektif Dasar Wanita Negara ialah:
(i)  untuk menjamin perkongsian yang saksama di antara lelaki dan wanita dalam pemilikan sumber dan maklumat, di samping mendapatkan peluang dan faedah dari pembangunan; dan

(ii)  untuk mengintegrasikan kaum wanita ke dalam semua sektor pembangunan negara selaras dengan kemampuan dan keperluan mereka bagi tujuan meningkatkan mutu kehidupan, membasmi kemiskinan, menghapuskan kejahilan dan buta huruf serta memastikan negara berada dalam keadaan aman dan makmur

Saturday 10 December 2011

Globalisasi

Arus pengeluaran dan strategi pengurusan terkini akibat dari globalisasi ekonomi amatlah membimbangkan, terutamanya bagi pekerja wanita. Istilah seperti keanjalan guna tenaga, outsourcing dan subkontrak merupakan satu kebiasaan dalam pengurusan pengeluaran dalam persaingan pasaran global.

Dengan pengstrukturan semula ekonomi dan krisis kewangan tahun 1997, syarikat-syarikat menggabungkan kerja-kerja perkilangan formal dengan yang tidak formal, kerja-kerja disubkontrak dan kerja dari rumah.

Langkah-langkah itu ialah usaha untuk mengurangkan kos dan keanjalan guna tenaga; dan banyak diamalkan di mana:

• Jumlah pekerja utama dikurangkan dan kerja-kerja sampingan diserahkan kepada syarikat lain;

• Pekerja berkemungkinan akan dibuang atau ditawarkan “Skim Persaraan Sukarela” dan kemudian diambil bekerja semula, tetapi dengan gaji yang lebih sedikit dan taraf pekerjaan yang tidak tetap;

• Pekerja bergaji digantikan dengan pekerja keluarga tidak berbayar dan kebanyakan daripada mereka adalah wanita; dan

• Pekerja sementara, kontrak, pendatang asing dan/atau pekerja kasual diambil bekerja, bilangannya bertambah oleh agen luar atau syarikat-syarikat yang menjalankan subkontrak, dan dibayar upah harian.

Melalui mekanisma fleksibiliti di atas, kedudukan pekerja lelaki dan wanita tergugat dan dengan mudah dieksploitasi kerana keadaan pekerjaan yang tidak stabil. Namun begitu, kajian menunjukkan bahawa lebih ramai pekerja wanita bekerja secara sambilan atau kasual berbanding dengan pekerja lelaki.

Dengan keadaan ekonomi yang tidak menentu turun-naiknya, maka menjadi kritikal untuk jaringan keselamatan sosial diperbadankan ke dalam sistem ekonomi dan politik. Ini supaya pekerja mendapat perlindungan sosial jika dibuang atas alasan strategi pengurusan keanjalan tenaga kerja.

Diskriminasi di Tempat kerja

Walaupun Kerajaan telah mengambil langkah memberikan bayaran gaji yang sama rata kepada pekerja lelaki dan wanita bagi jawatan yang sama, namun, langkah itu tidak diambil oleh pihak swasta. Pada amnya, data perbezaan pendapatan antara pekerja lelaki dan wanita dalam sektor swasta amatlah sedikit dan secara kasar sahaja.

Namun, beberapa statistik boleh didapati. Laporan Bayangan tentang Konvensyen Bagi Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi terhadap Wanita (CEDAW) oleh Pertubuhan Bukan Kerajaan Malaysia menunjukkan bahawa dalam sektor elektronik, beza pendapatan antara lelaki dan wanita adalah wanita berpendapatan 92.5 peratus dari pekerja lelaki pada tahun 1993. Ini amatlah menggalakkan kerana terdapatnya pengurangan dalam jurang perbezaannya yakni 82.7 peratus pada tahun 1990.

Walau bagaimanapun, laporan yang lain pula menunjukkan bahawa pada tahun 1997, pekerja wanita dalam industri perkilangan Malaysia hanya memperoleh pendapatan 58 peratus daripada jumlah pendapatan pekerja lelaki.

Berbanding dengan rakan sejawat lelaki, kebanyakan wanita menjawat pekerjaan berkemahiran rendah atau bekerja dalam sektor tidak formal. Walaupun terdapat kemajuan dari segi bilangan iaitu lebih ramai wanita menjawat jawatan profesional dan pengurusan, tetapi masih wujud juga had sekatan yang tidak dapat ditembusi oleh wanita.

Perbezaan pendapatan ini bukanlah satu-satunya bentuk diskriminasi terhadap wanita. Umur persaraan dan gangguan seksual di tempat kerja juga merupakan isu-isu yang harus dihadapi oleh kaum wanita. Walaupun lelaki dan wanita bersara pada umur 55 dalam sektor awam, namun ini berbeza dalam sektor swasta.

Wanita Dan Pekerjaan

 Semenjak 40 tahun yang lalu, wanita telah mencapai satu kemajuan mengagumkan di tempat kerja di Malaysia. Malah, sejak tahun 1970-an, bilangan mereka yang menyertai dunia pekerjaan bertambah ramai. Peratusan tenaga kerja wanita meningkat dari 37 peratus pada tahun 1970 ke 43.5 peratus pada tahun 1995, dan 47.7 peratus pada tahun 2003.1 Dikenali sebagai “feminisme buruh”, konsep ini termasuklah
(a) wanita bekerja dalam industri kilang yang berteraskan ekspot, buruh intensif dan memerlukan kemahiran rendah
(b) wanita bekerja dalam sektor yang dikuasai lelaki
(c) wanita terus bekerja dalam sektor pekerjaan yang pada tradisinya adalah bidang wanita dan
(d) wanita bekerja di luar negara.

Seperti rakan sejawat lelaki mereka, wanita juga terpaksa menghadapi perubahan ekonomi akibat daripada serangan pantas globalisasi. Dengan adanya persaingan globalisasi yang sengit antara syarikat, lebih banyak pekerjaan menjadi goyah dan tidak stabil kedudukannya, mengakibatkan keadaan tempat kerja menjadi kurang sihat atau kurang menyenangkan, bagi lelaki dan wanita.

Tidak seperti rakan sejawat lelaki mereka, wanita masih dikongkong oleh nilai-nilai budaya, norma dan konsep patriarki terhadap fungsi-fungsi gender dalam masyarakat. Wanita masih bertanggungjawab mengasuh dan mendidik anak-anak. Sudah menjadi perkara biasa wanita bekerja untuk membantu menambah pendapatan keluarga. Namun mereka tidak dibayar upah yang sama seperti apa yang dibayar kepada lelaki, sebab utamanya ialah mereka tidak dianggap sebagai pencari nafkah keluarga.

Malah, daripada data, secara globalnya, wanita memperoleh pendapatan 20 hingga 30 peratus kurang daripada pendapatan lelaki. Wanita juga kekal berada di tahap terendah dalam pasaran buruh. Manakala kerja rumah tidak berbayar yang dilakukan oleh wanita menyumbang kepada satu pertiga daripada hasil ekonomi sedunia; waktu bekerja bagi pekerja wanita adalah lebih lama berbanding dengan rakan sekerja lelaki iaitu sebanyak 30 peratus di negara-negara membangun; dan lebih banyak wanita diambil bekerja dalam pekerjaan yang kurang kepentingannya dan tidak stabil kedudukannya, termasuklah bekerja dari rumah, secara sambilan dan bekerja sementara.

Thursday 8 December 2011

Globalisasi : Ketidakseimbangan Gender Dalam Pendidikan

Senario sebelum kemerdekaan menyaksikan bidang pendidikan dikuasai oleh kaum lelaki, sementara kaum wanita dipinggirkan dalam perjuangan meningkatkan taraf hidup melalui pendidikan. Era pasca kemerdekaan menyaksikan satu anjakan dalam tanggapan masyarakat mengenai perolehan ilmu bagi kemajuan diri. Kini senario berlawanan menakluki persada ilmu iaitu pelajar wanita jelas menguasai kampus institusi pengajian tinggi tempatan dengan jumlah majoriti di institusi pengajian tinggi awam.

          Malahan berdasarkan statistik tahun 2006 (Berita Harian, 24 September 2007) dalam sektor awam, pekerja wanita kini sudah menguasai kategori Kumpulan Pengurusan dan Profesional iaitu 52% berbanding lelaki 48%. Bidang perguruan contohnya menyaksikan
jumlah guru wanita di sekolah rendah dan menengah di seluruh negara jauh lebih tinggi iaitu melebihi 65% berbanding lelaki. Jadual 1 menunjukkan perbandingan ketidakseimbangan lelaki dan wanita dalam pelbagai sektor sehingga 2006.

Jadual 1 Perbandingan ketidakseimbangan lelaki dan wanita dalam
pelbagai sektor sehingga 2006


PERBANDINGAN
LELAKI
WANITA
Pengetua
1,085(55%)
900(45%)
Guru Besar
4,864(66%)
2,451(34%)
Guru Sekolah Rendah
62,439(33%)
128,955(67%)
Guru Sekolah Menengah
48,713(35%)
89,017(65%)
Pelajar IPTA
126,836(38%)
204,189(62%)
Pelajar Kedoktoran
5,329(61%)
3,423(39%)
Pelajar Politeknik
46,996(56%)
36,494(44%)


Senario ketidakseimbangan gender atau isu dominasi ini, bagi sesetengah pihak, dikhuatiri menjejaskan institusi kekeluargaan dan kestabilan sosiobudaya. Namun bagi beberapa pihak lain perkembangan ini dilihat sebagai suatu perkembangan positif daripada aspek persaingan dalam membentuk sebuah negara maju. Kesan daripada dominasi pelajar wanita dalam institusi pendidikan seterusnya akan mengakibatkan penguasaan wanita dalam pasaran pekerjaan. Rentetan kepada senario ini akan menjurus kepada permasalahan sosiobudaya seperti peningkatan wanita profesional yang tidak berkahwin memandangkan perbezaan latar belakang pendidikan antara lelaki dan wanita.

Globalisasi : Pelajar IPTA Juga Didominasi Oleh Kaum Wanita

kemasukan ke ipta Kemasukan ke IPTA. Pelajar Lelaki vs Wanita

KUALA LUMPUR: Pelajar perempuan terus mendominasi kemasukan ke universiti awam apabila menguasai 64.8 peratus atau 26,229 daripada 40,506 tempat yang ditawarkan untuk program ijazah pertama bagi sesi akademik 2010/2011 yang akan mendaftar pada Sabtu dan Ahad ini.
Jumlah mereka juga melebihi lelaki bagi program pengajian lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setaraf yang akan mendaftar pada tarikh sama dan 23 Mei lalu dengan 21,567 pelajar perempuan berjaya mendapat tawaran atau 58.45 peratus daripada keseluruhan 36,900 tempat kemasukan. Hanya 35.2 peratus atau 14,277 pelajar lelaki mendapat tempat dalam program pengajian lepasan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia(STPM)/ Matrikulasi/ Asasi/Setaraf (Ijazah Pertama) dan 41.55 peratus atau 15,333 untuk kemasukan program lepasan SPM atau setaraf. Menurut sumber Kementerian Pengajian Tinggi, jumlah penawaran tempat kepada pelajar perempuan mengatasi pelajar lelaki bagi semua kategori kaum bagi kedua-dua peringkat program pengajian.
Katanya, dominasi kemasukan pelajar perempuan untuk kemauskan ke IPTA selari jurang gender yang amat ketara antara pelajar perempuan dan lelaki dalam permohonan untuk kemasukan program lepasan STPM/Matrikulasi/Asasi/Setaraf (Ijazah Pertama), tahun ini. Beliau berkata, sebanyak 67 peratus atau 41,046 daripada keseluruhan 61,228 permohonan diterima adalah daripada pelajar perempuan dengan jumlahnya melebihi sekali ganda berbanding hanya 33 peratus atau 20,182 calon lelaki.
It's a great time to get a great-looking new PC. Offers here.
Malah, bilangan pemohon perempuan pada kemasukan ke IPTA tahun ini meningkat berbanding 40,886 tahun lalu,  melebihi sekali ganda daripada 20,141 permohonan oleh pelajar lelaki.
Jangan kata, di IPTA di IPTS pun senario pun serupa juga. Untuk jurusan teknikal sahaja bilangan antara pelajar lelaki dengan pelajar wanita nampak seimbang. Agak-agaknya,  apa sebab pelajar lelaki kurang di universiti?
  1. Mentaliti pun menyumbang jugak dalam hal ni. Pelajar tidak kisah kos apa yang mereka dapat, asalkan mereka dapat masuk ke IPTA
  2. Pelajar lelaki itu berasal daripada keluarga miskin da kebanyakan memilih untuk membantu keluarga menyara keluarga
  3. Ramai yang terkorban di jalan raya contohnya dan gagal dalam hidup
  4. Kebanyakan pelajar lelaki lebih minat kepada bidang-bidang kemahiran yang tidak memerlukan mereka belajar teori semata seperti di universiti
  5. Dahla..lelaki kurang tambah pula yang jadi “sotong”
  6. Ada nak tambah?
Pandangan pakar dalam dasar kepimpinan Prof Madya Dr Azahari Ismail pernah menyuarakan pendapat tentang isu lambakan pelajar wanita setiap kali kemasukan ke IPTA pada bulan Julai adalah berpunca daripada kurikulum sistem pendidikan negara yang secara tidak langsung menyerap sistem pendidikan moden barat yang lebih kondusif kepada pelajar wanita sebagai faktor menyumbang kepada fenomena kepupusan pelajar lelaki di universiti itu.

Beliau berkata sehingga tahun 1800, sistem pendidikan barat moden dicipta bagi memenuhi keperluan masyarakat yang dikuasai lelaki pada ketika itu sehingga berlakunya pergerakan mendapatkan hak sama rata untuk wanita di Amerika di mana pakar-pakar akademik perempuan mencari jalan mengimbangi gender dalam pendidikan.

Dr Azahari berkata kajian yang beliau lakukan pada 1978/1979 menunjukkan kecenderungan budak lelaki untuk menjadi ‘pondan’ berasal daripada pengaruh guru dan majoriti guru di sekolah dan tadika adalah guru perempuan.
  • Budaya komunikasi pelajar lelaki bergantung pergerakan atau penggunaan visual dan grafik dalam pembelajaran.
  • Pengajaran secara lisan lebih membantu pelajar perempuan berbanding pelajar lelaki yang memerlukan elemen bukan lisan dalam meningkatkan keupayaannya memahami sesuatu subjek
  • Bagaimanapun fakta bahawa ramai perempuan dalam universiti bukan masalah, atau gelaja tidak baik. Itulah satu rahmat besar sebab masa merdeka dulu berapa ramai perempuan belajar tetapi yang menjadi masalah ialah semakin pantas kadar kekurangan pelajar lelaki itu