Thursday 24 November 2011

Globalisasi Telah Mewujudkan Pasaran Buruh

Mewujudkan pasaran buruh ini menunjukkan bagaimana gender membentuk proses pasaran buruh khususnya di Republik Czech. Menurut Watson 2000, gender merupakan salah satu punca persaingan dalam peralihan Czech ke kapatalisme. Hubungan jantina ini telah menjadi ciri penting perbezaan yang digunakan untuk menyelesaikan buruh baru dan hubungan-hubungan harta di Czech
tanah sejak tahun 1989.

Antara contoh-contoh perwujudan pasaran buruh di pelbagai negara :
        Menurut Boserup (1987) yang membuat kajiandi negara-negara perindustrian seperti Amerika Latin, Timur Tengah, Asia Timur, Asia Selatan dan Afrika menyatakan bahawa terdapat tiga bentuk pekerjaan di kalangan wanita. Kajian beliau mendapati bahawa di negara perindustrian, terutama Barat Eropah dan Amerika Utara terdapat kadar yang tinggi wanita dalam pekerjaan perkeranian dan hanya sedikit dalam bidang pekerjaan profesional. Di negara Amerika Latin pula, coraknya adalah berbeza di mana wanita adalah ramai dalam bidang profesional darida kerja perkeranian. Taburan pekerja wanita di Afrika dan Asia adalah pada kadar yang rendah dalam pekerjaan profesional dan perkeranian.

        Walby (1988 :5) telah mengaitkan segregasi pekerjaan mengikut gender dengan menggunakan teori modal insan. Menurut beliau kedudukan wanita di hierarki kedudukan yang rendah dalam pekerjaan bergaji adalah disebabkan oleh modal insannya yang sedikit. Pekerja wanita mempunyai kelayakan, kemahiran dan pengalaman kerja yang sangan berkurangan jika dibandingkan dengan pekerja lelaki. Wanita memilih pekerjaan yang mempunyai kemahiran yang sedikit tetapi akan memperoleh ganjaran yang terbaik dan tidak akan dihukum dengan teruknya jika berhenti untuk sementara waktu dalam pekerjaan. Modal insan akan merosot dalam tempoh seorang wanita itu berhenti untuk sementara waktu dan memperoleh gaji yang rendah apabila bekerja semula selepas melahirkan anak.

       Kajian yang dilakukan oleh Nermo (1996) di Sweden bagi tempoh 1968-1991 mendapati bahawa komposisi pekerjaan mengikut gender dan struktur pasaran buruh telah berubah. Kajian beliau menunjukkan bahawa segregasi mengikut gender telah berkurangan sejak tahun 1960an. Walaupun bilangan wanita dalam pasaran buruh sudah meningkat tetapi pekerja wanita masih tertumpu dalam sebilangan kecil kategori pekerjaan berbanding dengan pekerja lelaki. Tahap segregasi masih lagi tinggi dalam sektor awam berbanding dengan swsta kerana sektor awam didominasi oleh pekerja tradisi wanita.
      
      Oleh yang demikian, berdasarkan kajian-kajian lepas yang telah dijalankan di atas kita boleh mendapati bahawa pada tahun 1990an bidang pekerjaan  masih lagi didominasi oleh pekerja lelaki jika dibandingkan dengan wanita tidak kira sama ada di dalam sektor awam mahupun sektor swasta.

No comments:

Post a Comment