Thursday 3 November 2011

Wanita dan Globalisasi

Globalisasi telah menyebabkan berlakunya pelbagai perubahan gaya dan corak hidup bagi kaum wanita. Antaranya ialah dari segi pekerjaan, tanggungjawab dan keinginan.

Dalam dunia hari ini, proses globalisasi juga telah menumpukan perhatian kepada kaum wanita. Kaum wanita dieksploitasikan dalam iklan-iklan mempromosi jualan barang-barangan dan perkhidmatan. Kaum wanita diperalatkan sebagai objek seks. Nafsu kaum wanita diapi-apikan bagi mencari kekayaan dengan begitu senang melalui kerja-kerja luar batasan moral. Ini adalah satu strategi memperluaskan pasaran mereka khususnya dalam bidang hiburan, perjudian dan sebagainya. Dengan secara tidak langsung ianya memberi kaum wanita satu watak streotype yang merendahkan kedudukan serta martabat mereka sebagai seorang wanita.

Proses globalisasi juga menawarkan pekerjaan dan bantuan kepada wanita. Kaum wanita dipandang sebagai punca tenaga kerja yang ramai pada ketika ini. Hal ini kerana, kaum wanita pada masa sekarang berlumba-lumba untuk mengejar karear masing-masing sejajar dengan kelulusan yang dimiliki serta mengejar kemewahan hidup yang diingini. Dengan timbulnya budaya gaya hidup yang mementingkan kemewahan ini, ramai keluarga terperangkap dalam gaya hidup ini dimana suami isteri terpaksa kerja bagi menampung kemewahan gaya hidup yang diingini seiring dengan peredaran zaman. dalam proses ini kaum wanita terpaksa memikul tanggungjawab yang semakin bertambah. Mereka bukan sahaja bekerja tetapi terpaksa menguruskan rumah tangga dan kepentingan keluarga. Pendek kata kesan globalisasi adalah lebih ketara dialami oleh kaum wanita daripada kaum lelaki dari segi tanggungjawab, kerja tambahan dan menjaga kesejahteraan keluarga.

Selain itu, nafsu mencari keuntungan juga telah mendorong globalisasi menumpukan perhatian ke atas kaum wanita. kaum wanita seharusnya dididik, diasuh dan dipengaruhi supaya menjadi seorang pengguna yang bijak. Ego dan nafsu mereka diapi-apikan supaya mereka menjadi pengguna yang tdak lagi waras dalam pemikiran. Mereka lebih kepada mengikut seruan hati lebih daripada pemikiran otak. Wanita dijadikan manusia satu dimensi yang ketagih kepada budaya membeli-belah sebagai satu keperluan hidup.

No comments:

Post a Comment