Monday 14 November 2011

pengembangan pasaran pengguna

Dalam buku gander, globalization and postsocialism ini menyatakan bahawa pengembangan kapitalis di Eropah Timurtelah digalakkan oleh pemasaran identiti jantina dalam globalisasi industri budaya dan pengguna. pemasaran ini telah mencipta kelas baru danperbezaan jantina. Sebagai contoh, firma multinasional seperti Coca-cola dan Citibank mengambil kesempatan atas peluang-peluang pasaran baru tidak semata-mata perdagangan barangan dan perkhidmatan tetapi telah mengubah hubungan-hubungan sosial yang sedia ada.

        Selain itu, globalisasi ini juga mewujudkan pemasaran dan pengiklanan global. Ianya telah menghubungkan pemilikan, penggunaan barangan dan perkhidmatan untuk kelas baru iaitu jantina dan identiti generasi. Perwujudan gender telah memudahkan budaya pemasaran di kalangan masyarakat kapitalis di Republik Czech. Produk yang mengeksploitasi perbezaan jantina adalah sasaran pasaran yang khusus oleh firma-firma. Contohnya sasaran pasran untun barangan kosmetik sasarannya adalah kepada wanita.

        Manakala sosialisme dan kapatalisme mempunyai pendapat yang berbeza. Hal ini kerana, sosialisme menafikan perbezaan jantina iaitu ingin membebaskan wanita daripada menjadi buruh, manakala kapatalisme tidak memilih buruh tetapi dari segi makanan. Pilihan kepada pengguna menyatakan identiti seseorang dan perbezaan daripada orang lain. Kelakian dan kewanitaan itu boleh dilihat sebagai satu bentuk pembebasan baru. Imej sosialis bagi wanita yang bekerja. Berbeza dengan imej postsocialist yang menggambarkan wanita cantik sebagai bantuan urus niaga dengan pengguna dan lelaki sebagai wajah baru perbankan Czech.

No comments:

Post a Comment