Saturday 10 December 2011

Diskriminasi di Tempat kerja

Walaupun Kerajaan telah mengambil langkah memberikan bayaran gaji yang sama rata kepada pekerja lelaki dan wanita bagi jawatan yang sama, namun, langkah itu tidak diambil oleh pihak swasta. Pada amnya, data perbezaan pendapatan antara pekerja lelaki dan wanita dalam sektor swasta amatlah sedikit dan secara kasar sahaja.

Namun, beberapa statistik boleh didapati. Laporan Bayangan tentang Konvensyen Bagi Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi terhadap Wanita (CEDAW) oleh Pertubuhan Bukan Kerajaan Malaysia menunjukkan bahawa dalam sektor elektronik, beza pendapatan antara lelaki dan wanita adalah wanita berpendapatan 92.5 peratus dari pekerja lelaki pada tahun 1993. Ini amatlah menggalakkan kerana terdapatnya pengurangan dalam jurang perbezaannya yakni 82.7 peratus pada tahun 1990.

Walau bagaimanapun, laporan yang lain pula menunjukkan bahawa pada tahun 1997, pekerja wanita dalam industri perkilangan Malaysia hanya memperoleh pendapatan 58 peratus daripada jumlah pendapatan pekerja lelaki.

Berbanding dengan rakan sejawat lelaki, kebanyakan wanita menjawat pekerjaan berkemahiran rendah atau bekerja dalam sektor tidak formal. Walaupun terdapat kemajuan dari segi bilangan iaitu lebih ramai wanita menjawat jawatan profesional dan pengurusan, tetapi masih wujud juga had sekatan yang tidak dapat ditembusi oleh wanita.

Perbezaan pendapatan ini bukanlah satu-satunya bentuk diskriminasi terhadap wanita. Umur persaraan dan gangguan seksual di tempat kerja juga merupakan isu-isu yang harus dihadapi oleh kaum wanita. Walaupun lelaki dan wanita bersara pada umur 55 dalam sektor awam, namun ini berbeza dalam sektor swasta.

No comments:

Post a Comment