Thursday 8 December 2011

Globalisasi : Ketidakseimbangan Gender Dalam Pendidikan

Senario sebelum kemerdekaan menyaksikan bidang pendidikan dikuasai oleh kaum lelaki, sementara kaum wanita dipinggirkan dalam perjuangan meningkatkan taraf hidup melalui pendidikan. Era pasca kemerdekaan menyaksikan satu anjakan dalam tanggapan masyarakat mengenai perolehan ilmu bagi kemajuan diri. Kini senario berlawanan menakluki persada ilmu iaitu pelajar wanita jelas menguasai kampus institusi pengajian tinggi tempatan dengan jumlah majoriti di institusi pengajian tinggi awam.

          Malahan berdasarkan statistik tahun 2006 (Berita Harian, 24 September 2007) dalam sektor awam, pekerja wanita kini sudah menguasai kategori Kumpulan Pengurusan dan Profesional iaitu 52% berbanding lelaki 48%. Bidang perguruan contohnya menyaksikan
jumlah guru wanita di sekolah rendah dan menengah di seluruh negara jauh lebih tinggi iaitu melebihi 65% berbanding lelaki. Jadual 1 menunjukkan perbandingan ketidakseimbangan lelaki dan wanita dalam pelbagai sektor sehingga 2006.

Jadual 1 Perbandingan ketidakseimbangan lelaki dan wanita dalam
pelbagai sektor sehingga 2006


PERBANDINGAN
LELAKI
WANITA
Pengetua
1,085(55%)
900(45%)
Guru Besar
4,864(66%)
2,451(34%)
Guru Sekolah Rendah
62,439(33%)
128,955(67%)
Guru Sekolah Menengah
48,713(35%)
89,017(65%)
Pelajar IPTA
126,836(38%)
204,189(62%)
Pelajar Kedoktoran
5,329(61%)
3,423(39%)
Pelajar Politeknik
46,996(56%)
36,494(44%)


Senario ketidakseimbangan gender atau isu dominasi ini, bagi sesetengah pihak, dikhuatiri menjejaskan institusi kekeluargaan dan kestabilan sosiobudaya. Namun bagi beberapa pihak lain perkembangan ini dilihat sebagai suatu perkembangan positif daripada aspek persaingan dalam membentuk sebuah negara maju. Kesan daripada dominasi pelajar wanita dalam institusi pendidikan seterusnya akan mengakibatkan penguasaan wanita dalam pasaran pekerjaan. Rentetan kepada senario ini akan menjurus kepada permasalahan sosiobudaya seperti peningkatan wanita profesional yang tidak berkahwin memandangkan perbezaan latar belakang pendidikan antara lelaki dan wanita.

No comments:

Post a Comment